TIP MAKEUP

Tip Shading Bentuk Wajah







  • Jurusolek akan menggunakan teknik shading pada wajah bagi menyerlahkan bahagian-bahagian tertentu. Jikalau seseorang itu berwajah bulat, maka shading akan dilakukan pada bahagian pipi dan dagu bagi memberi ilusi wajahnya nampak sedikit panjang. Seandainya berhidung pesek, maka shading akan dilakukan pada batang hidung menggunakan warna yang cerah bagi membangkitkan efek tulang hidung tinggi.



  • Sesiapa pun boleh melakukan shading pada wajah sendiri. Untuk memahirkan tangan membuat teknik shading, kekerapan melakukannya adalah perlu. Dalam melakukan teknik shading, pilihan warna bedak, pembayang pipi dan highlight amat penting. Gabungan warna yang tepat akan menjadikan teknik shading lebih sempurna.

TEKNIK SHADING HIDUNG 

  • Untuk memberi ulusi hidung nampak lebih kecil, sapu highlight yang berwarna cerah @ putih matelik pada tengah-tengah tulang hidung. Ratakan sepanjang tulang hidung dengan kemas.

  • Gunakan bedak yang lebih gelap dari biasa untuk shading bahagian kiri dan kanan yang mengapit warna cerah highlight. Ini akan memberi ilusi hidung lebih keci.

  • Jika tiada bedak berwarna cerah & gelap, gunakan saja eyeshadow putih sebagai highlight dan eyeshadow berwarna gelap sebagai shading tepi kiri n kanan hidung.

  • Sapuan hendaklah diratakan dengan kemas sehingga ke pangkal kening





TEKNIK SHADING WAJAH

  • Gunakan berus lembut (serong) bagi memudahkan kerja melayangkan warna untuk shading ini. Teknik sapuan mestilah bermula dari sempadan kulit pipi dan anak telinga, menyerong menuju ke arah penjuru hujung bibir.

  • Tujuan sapuan menyerong adalah untuk memberikan kesan wajah lebih tirus. Penggunaan warna coklat ini memberikan ilusi membentuk struktur wajah lebih kecil daripada biasa.

  • Layangkan berus sepanjang tulang rahang hingga ke dagu. Sapuan pada bahagian rahang ke dagu ini bertujuan memberi ilusi dagu tidak berlapis. Sedikit lagi sapuan dilayangkan pada bahagian dahi. 

  • Selesai membuat shading dan kontur pada wajah, barulah disapu pemerah pipi yang sesuai. Tidak perlu terlalu banyak, cukup sekadar layangan yang tipis agar wajah nampak lebih semula jadi.

  • Untuk menyapu pemerah pipi, sapuannya sama seperti membuat shading. Ia bermula daripada atas tulang pipi kemudian ditarik sehingga separuh bahagian pipi. Lebih mudah menyapu pemerah pipi apabila wajah dalam keadaan tersenyum.

  • Jikalau membuat shading bagi menyerlahkan hidung atau pipi yang agak bulat, kurangkan penggunaan pemerah pipi, Warna merah akan membuatkan wajah kelihatan bertambah berisi.




SELAMAT MENCUBA =)


Tip Sebelum Berbedak



  • Tidak kiralah apa jenama bedak asas yang dipilih, mahal atau murah, ia sebenarnya mampu memberi kesan yang hebat selagi kita yakin dan pasti ianya memang serasi dengan kulit wajah. Perkara paling penting sebelum bersolek, bersihkan dahulu segala kekotoran yang terlekat pada kulit wajah. Kulit akan nampak lebih berseri apabila ia sudah dibersihkan dengan betul sebelum disapu bedak.






SELAMA MENCUBA =)


Tip Menggunakan Bedak Dwi Cara



  • Terpulang pada anda sama ada mahu menggunakannya dengan span kering @ span lembap. Jikalau menggunakan span kering, ia bertindak seperti bedak berkrim. Untuk sapuan lembap, basahkan span dengan beberapa titis air, tekap pada bedak dan sapu pada wajah. Yang pasti, sapuan dengan span lembap lebih menyeluruh dan solekan lebih tahan lama berbanding sapuan kering.

  • Gunakan sedikit saja bedak, kira-kira sepertiga dari span.

  • Mulakan sapuan pada sebelah muka dahulu. Ratakan bermula pada dasar hidung himgga ke telinga menghala keluar.

  • Ulangi penekap bedak dengan kadar sama pada span dan sapu pada sebelah muka lagi.

  •   Kemudian sapu rata keliling mulut, bibir dan dahi.

  • Perkemas sapuan dengan menyapu nipis bedak atas hidung.


SELAMAT MENCUBA =) 
 
 

Teknik Asas Solekan



Tip Untuk Bedak Asas Jenis Cecair 



  • Jangan sesekali memicit bedak asas daripada tiub @ botol kecil terus pada wajah.

  • Picitkan sedikit bedak asas pada hujung jari, kemudian sapu pada wajah.

  • Sapuan bedak asas sebaik-baiknya daripada bahagian bawah wajah menghala ke atas. Ini kerana urutan @ sapuan yang melawan arah graviti bagus untuk melambatkan proses kulit wajah yang kendur semula jadi.

  • Jangan lupa ratakan bedak sehingga sempadan wajah. Ini merangkumi sempadan kulit kepala dan rambut, cuping telinga & juga pada kulit di sekeliling leher.

  • Anda boleh menggunakan span yang dibasahkan sedikit untuk meratakan bedak ini pada wajah. Penggunaan span yang sedikit basah @ sedikit lembap ini mampu memberi kesan yang lebih lembut & gebu pada wajah. Pastikan ia disapu dengan menyeluruh & sama rata pada setiap bahagian muka.


SELAMAT MENCUBA =)


Tip Membeli Berus





TIP MEMBELI BERUS


  • Jangan lupa untuk memcuba terlebih dahulu sebelum membeli berus. Caranya dengan menyapu berus pada belakang tangan secara berulang. Pastikan bulunya tidak tercabut dan tidak terasa sakit pada kulit.

  • Berus yang berkualiti adalah berus yang mempunyai bulu yang lebat dan hujung yang lembut.


SELAMAT MENCUBA =)


Tip Penyamar Noda

PENYAMAR NODA
CONCEALER



  • Jangan sesekali letak penyamar noda terus daripada botol @ tiub. Ia hanya akan membuatkan sapuan nampak tebal & tidak rata pada kulit wajah.

  •  Sebaik-baiknya apabila kita memakai penyamar noda, tiada orang yang boleh mengesannya. Jikalau sapuan penyamar noda itu terserlah pada kulit wajah, itu bererti sapuan kita tebal & tidak rata.

  • Pastikan sapuan dilakukan pada seluruh bahagian lingkaran hitam @ kesan lebam.

  • Sapuan biarlah kemas & tipis.

  • Sewaktu menyapu penyamar noda, gunakan hujung jari & ratakan dengan lembut. Jangan sesekali menggosok penyamar noda pada kulit. "Always tap, never rub!".

  • Pilih warna yang sesuai agar penggunaanya benar-benar berkesan untuk menyamar noda pada wajah.



SELAMAT MENCUBA =)
 
 
 
 


www.tips-fb.com